MY Weltanschauung VALUATION!!

Monday, August 31, 2015

Selamat "Hari Kemerdekaan" ke-58. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 (Peta Singapaura semasa Perang Dunia Ke-2.
 "Keterancatan Akal" Pimpinan British Membiarkan tentera naik basikal menakluki Kota Singa dari belakang.)




" NegaraKU, Tanah Tumpahnya DarahKU.

Negara KITA, Tanggungjawab KITA "



31 Ogos setiap tahun adalah hari untuk semua warga negara Malaysia untuk bukan sahaja menyambut dengan rasa syukur dan gembira tetapi juga adalah hari untuk mengambil kira sejarah nan lepas.

Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan "Keterancatan Akal" kerajaan dan askar British yang 'membiarkan' sahaja tentera Jepun masuk ikut pintu belakang dengan hanya menggunakan basikal walhal meriam-meriam besar Empayar British menghala ke laut, kita patut menghargai pengorbanan askar Melayu di Pasir Pinji dan Bukit Candu...Askar-askar Melayu yang Hebat yang pada hemah saya akan lebih ulung lagi jika tidak dibawah pimpinan " Panglima Terencat British". Somalia sudah cukup membuktikan kehebatan Angkatan Tentera kita.

Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan Maharaja Lawak dan Akademi Fantasia kita perlu tentukan Si Tanggang atau Si Kitul versi alaf baru tidak menjelma kembali. Watak jelmaan Melayu alaf baru atau Si TangTUL tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana Duri dalam Daging inilah yang menyebabkan kita dijajah. Empayar Melaka tumbang 1511 patut dijadikan iktibar.

Walaupun pimpinan Melayu Islam melaungkan slogan - slogan kemerdekaan kepada rakyat marhaen kita imbas sekali-lalu 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebelum Merdeka! Merdeka! Merdeka! dilaungkan.Berapa dari 7 wasiat tersebut masih tinggal untuk diserahkan kepada generasi berikutnya?Adakah Si Kitul atau Si Tanggang atau lebih buruk lagi watak jelmaan Melayu alaf baru si TangTUL sudah memainkan peranan?

Walaupun kita ada Rukun Negara, apa gunanya jika prinsip "Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang" tidak diendahkan oleh puak-puak berkepentingan apatah lagi mereka yang diberikan amanah untuk digalas bagi pihak rakyat jelata!

Akhir kalam dan megambil kira salah satu prinsip Rukun Negara Malaysia - "Kepercayaan kepada Tuhan", walaupun kita sudah Merdeka jika gembar-gembur media dipercayai tetapi hakikatnya kita masih lagi hambaNYA!.

Selamat Hari "Kemerdekaan"! 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Amirul HM
31 Ogos 2015
Dataran Merdeka

Tuesday, August 18, 2015

Kenyataan Media Sosial oleh Amirul HM, 18 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA SOSIAL.
Selasa, 18 Ogos 2015. Damansara Utama-SELANGOR D.E.
---------------------------------------------------------------------------


Saya Amirul Haji Mohamad,
yang dilahirkan di @Selangor,
membesar di @Melaka
dan pernah bekerja di seluruh @Malaysia (termasuk W.P.Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), mengambil pendirian:-

(1) Bahawa adalah tidak wajar mana-mana Ahli Politik atau Parti-parti Politik menerima waima 1 SEN pun dari LUAR NEGARA Sumbangan berbentuk Politik dari orang perseorangan, syarikat-syarikat, NGO, Negara-Negara Asing mahupun Pemimpin Negara Asing.

(2) Pendirian saya adalah berteraskan isu KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA (dengan izin "National Sovereignity") yang saya amat kasihi.

(3) MALAYSIA (yang dahulunya dikenali sebagai MALAYA dan sebelumnya PERSEKUTUAN TANAH MELAYU) sudahpun melalui beberapa perubahan nama jika dibandingkan dengan Wasiat Asal Raja-Raja sebelum Kemerdekaan 1957 atau lebih dikenali sebagai "7 Wasiat Raja-Raja Melayu".
Cukup-cukuplah sekadar perubahan kali terakhir.

(4) Sejarah telah banyak mengajar kita bahawa runtuhnya sesuatu Kerajaan atau Empayar adalah bukan hanya kerana Ancaman Luar Negara tetapi juga Ancaman Dalam Negeri.
Semasa di Tingkatan 4 di MTD Sg.Besi, saya pernah berdebat di peringkat akhir Pertandingan Bahas BM akan tajuk:-
"Ancaman Luar Negara lebih Mengugat Kedaulatan Negara dari Ancaman Dalam Negara ".

Perbendaharaan peribahasa Melayu menghujani perdebatan tersebut dengan peribahasa seperti - "Musuh dalam Selimut", "Api dalam Sekam", "Gunting dalam Liputan", "Duri dalam Daging" serta perumpamaan "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi".

(5) Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan diri saya dan menggesa rakyat Malaysia agar belajar dari slogan atau peribahasa bersifat "luar negara".

Walaupun belajar di UK, saya amat bersetuju dengan slogan seperti "Buy British Last" atau "Look East policy" dan lebih-lebih lagi "Beware of Greeks bearing Gifts".
Saya amat teruja kerana dengan pertolongan media barat dalam filem "Troy" saya dapat menerangkan maksud "Beware of Greeks bearing Gifts" kepada anak saya yang berumur 7 tahun pada masa itu. Syukur Alhamdullilah, anak saya yang pernah bersemuka dengan PM dan TPM masa itu amat memahami ungkapan barat
- "Beware of Greeks bearing Gifts"....dan saya merasakan tanggungjawab saya sebagai Ayah untuk mendidik, terlaksana untuk seketika.

(6) Pada hemah saya yang kurang ilmu, harta atau kemahsyuran ini*** - SESIAPA pun tanpa mengira sama ada mereka adalah ahli parti UMNO, DAP, PKR, PAS atau MIC,MCA serta parti-parti komponen BN yang lain di samping part-parti politik picisan yang lain, ADALAH MERUPAKAN PENGKHIANAT NEGARA jika mereka menerima sumbangan dana politik luar negara.

*** Bak kata Damak kepada PM# dalam filem Tragedi Seri Mersing -
"...Apa ada pada PAYA, dalam tidak tohor pun bukan;
Apa ada pada SAYA, berharta tidak mahsyur pun bukan.
Saya pergi dulu PM#"


# PM = Pak Malau.

(7) Justeru itu sebagai PERINGATAN kepada Saya, Kaum Keluarga, Sanak Saudara, Rakan Taulan, Guru-Guru & Ustaz-Ustaz serta seluruh Rakyat Malaysia, sama-samalah kita berdoa agar Saya/Kami TIDAK menjadi Si TANGGANG atau Si KITUL versi alaf baru.
Amin.


Amirul HM,
18 Ogos 2015 di D.Utama, SELANGOR D.E.