(Peta Singapaura semasa Perang Dunia Ke-2.
"Keterancatan Akal" Pimpinan British Membiarkan tentera naik basikal menakluki Kota Singa dari belakang.)
" NegaraKU, Tanah Tumpahnya DarahKU.
Negara KITA, Tanggungjawab KITA "
31 Ogos setiap tahun adalah hari untuk semua warga negara Malaysia untuk bukan sahaja menyambut dengan rasa syukur dan gembira tetapi juga adalah hari untuk mengambil kira sejarah nan lepas.
Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan "Keterancatan Akal" kerajaan dan askar British yang 'membiarkan' sahaja tentera Jepun masuk ikut pintu belakang dengan hanya menggunakan basikal walhal meriam-meriam besar Empayar British menghala ke laut, kita patut menghargai pengorbanan askar Melayu di Pasir Pinji dan Bukit Candu...Askar-askar Melayu yang Hebat yang pada hemah saya akan lebih ulung lagi jika tidak dibawah pimpinan " Panglima Terencat British". Somalia sudah cukup membuktikan kehebatan Angkatan Tentera kita.
Walaupun kita boleh rasa terhibur dengan Maharaja Lawak dan Akademi Fantasia kita perlu tentukan Si Tanggang atau Si Kitul versi alaf baru tidak menjelma kembali. Watak jelmaan Melayu alaf baru atau Si TangTUL tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana Duri dalam Daging inilah yang menyebabkan kita dijajah. Empayar Melaka tumbang 1511 patut dijadikan iktibar.
Walaupun pimpinan Melayu Islam melaungkan slogan - slogan kemerdekaan kepada rakyat marhaen kita imbas sekali-lalu 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebelum Merdeka! Merdeka! Merdeka! dilaungkan.Berapa dari 7 wasiat tersebut masih tinggal untuk diserahkan kepada generasi berikutnya?Adakah Si Kitul atau Si Tanggang atau lebih buruk lagi watak jelmaan Melayu alaf baru si TangTUL sudah memainkan peranan?
Walaupun kita ada Rukun Negara, apa gunanya jika prinsip "Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang" tidak diendahkan oleh puak-puak berkepentingan apatah lagi mereka yang diberikan amanah untuk digalas bagi pihak rakyat jelata!
Akhir kalam dan megambil kira salah satu prinsip Rukun Negara Malaysia - "Kepercayaan kepada Tuhan", walaupun kita sudah Merdeka jika gembar-gembur media dipercayai tetapi hakikatnya kita masih lagi hambaNYA!.
Selamat Hari "Kemerdekaan"!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Amirul HM
31 Ogos 2015
Dataran Merdeka
31 Ogos 2015
Dataran Merdeka